3 sebab diet berat tak turun

3 Sebab Dah Diet, Tapi Berat Susah Turun

Salam..
Masih beraya ke? Banyak lagi orang jemput open house?

Raya kan sebulan. Selagi tak habis sebulan jangan harap nak stop open house.

Makan, makan juga tapi kesihatan mesti letak nombor 1 ok..

Saya nak share 3 perkara yang sering menggagalkan diet. Kalau amalkan 3 perkara ni nescaya susahla nak turunkan berat.

1. Hadkan makan/jenis makanan
Fahaman orang diet, kena skip waktu makan dan kena pilih makanan tertentu saja.

Contohnya protein saja, minum jus saja, tak boleh makan karbo.
Sedangkan manusia dicipta untuk makan pelbagai makan. Diet begini takkan tahan lama.

Tapi, dalam nak makan macam2 tu, 3 nutrisi yang wajib ada ialah:
-Protein
-Serat
-Asid lemak perlu (omega-3)

Ini 3 jenis nutrisi yang perlu diambil lebih untuk orang nak diet.

2. Kalori masuk lebih daripada kalori keluar.

Pagi bantai nasi lemak, roti canai, teh tarik. Cek dulu berapa kalori.
Pastu masuk ofis duduk-duduk sambil buat kerja. Cek pula berapa kalori terbakar.

Ada juga yang pilih makanan rendah kalori tapi tak tengok sumber makanan pula. 1000 kalori daripada burger dah tentu tak sama dengan 1000 kalori makanan sihat.

Betul tak?

3. Senaman terlalu banyak atau langsung tak senaman.

Yang tak bersenam ni kita fahamlah kan. Dah rehat saja, tentu lah tak banyak kalori dibakar. Tapi, yang banyak bersenam ni, kenapa tak turun berat juga?

Bila kita banyak bersenam, terlalu bakar banyak kalori sampai kita rasa takperlah makan banyak sebab dah bersenam banyak.
Lama-lama kita akan ambik kalori lebih banyak daripada yang kita perlukan.

Sebab tu atlet dia ada plan makanan dia sendiri, sesuai dengan aktiviti berat yang dorang lalukan.

Jadi, mulakan senaman yang sederhana, sesuai dengan diri kita.

Selamat amalkan 3 tips ini untuk kawal berat anda. Nak slim bukan untuk cantik saja, tapi paling penting untuk kesihatan.

Saya memang nak sangat bantu orang untuk slim & sihat.

Boleh pm saya ja ok..
www.wasap.my/60193643991

No comments:

Powered by Blogger.