Kenapa dengan Paraben?
 Selama ni, 
korang tahu tak apa dia paraben?
Atas desakan dalam media sosial, kita pun mula mencari produk organik dan kosmetik tanpa paraben. Paraben itu bahaya, tapi apakah bahaya paraben ini? Jom baca lebih lanjut perihal bahaya paraben ini.
 
 
 The
 European Journal of Cancer Prevention melaporkan bahawa penggunaan 
produk yang mengandung paraben dan seringnya memakai deodorant ada 
kaitannya dengan awal mula terdiagnosanya kanser payudara. Oleh itu ada 
kemungkinan produk yang setiap hari kita sapu setiap hari boleh 
menyumbang ke arah meningkatnya statistik kanser setiap hari.
 
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Atas desakan dalam media sosial, kita pun mula mencari produk organik dan kosmetik tanpa paraben. Paraben itu bahaya, tapi apakah bahaya paraben ini? Jom baca lebih lanjut perihal bahaya paraben ini.
Paraben 
adalah kumpulan bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet dalam 
lotion, conditioner, shampoo, deodorant bahkan menjadi pengawet bahan 
makanan dan minuman. Struktur asas bahan ini diperlukan untuk menjadikan
 produk itu likat , ada 'bentuk' serta tahan lama.
Ia
 juga merupakan bahan pengawet yang digunakan di dalam formulasi 
kosmetik yang mencegah pertumbuhan mikroorganisma/kulat semasa tempoh 
penyimpanan/ jangka hayat produk kosmetik.Bahan
 ini terdaftar pada label, dengan nama antara lain; Methylparaben, 
Butylparaben, Ethylparaben, Benzylparaben, Isobutylparaben, dan 
Propylparaben. Bahan ini juga dijual dengan nama kosmetik yang berbeza, 
termasuk Germaben II dan Minyak LiquiPar.
Bahan ini boleh digunakan di dalam formulasi produk kosmetik pada had yang dibenarkan sahaja. (sila rujuk lama web BPFK). 
Bahaya Atau Tidak Paraben Ini?
1)Paraben 
ni menyerupai hormon dan ia boleh menggangu fungsi sistem endocrine . Ia
 boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem badan seperti tiroid, ovari, 
hypothalamus dan juga sistem peranakkan lelaki, jika berlebihan. Tapi 
biasanya lotion kita pakai setiap hari kan? Bukan sekali je kan? Malah 
sehingga 5 kali sehari.
2)
 Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. 
Penyerapan paraben boleh mengalakkan penghasilan estrogen yang tidak 
normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben.
3)Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan diatas kulit.
 Paraben yang diambil melalui kulit atau sapuan adalah lebih pekat 
berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.
4)Sekiranya mempunyai kulit yang sensitif, paraben akan menyebabkan 
reaksi allergi dan ruam kulit. Kebanyakkan produk penjagaan kulit 
mendakwa ia adalah selamat untuk kulit sensitif walaupun mengandungi 
paraben. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, dalam 
jangka masa panjang boleh menyebabkan masaalah kulit yang serius.
Kesimpulannya, Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Elakkan paraben 
kerana ia memberi kesan tidak baik pada kulit dan badan kita pada jangka
 masa yang panjang. Kita tak tahu kan? Better safe dan sorry!
Oleh itu, untuk lebih selamat, Pilihlah produk yang TIDAK MEMPUNYAI 
PARABEN langsung. PARABEN FREE. Setiap langkaha tau perubahan kita hari 
ini membawa makna buat masa hadapan. Siapa jangka berapa banyak yang 
kita telah masukkan dalam diri kita dari hari ke hari kan?
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
 


 
 
 
 
 
 
 
No comments: