Bakteria Baik
PROBIOTIK
Bakteria Mesra Untuk Usus Anda!
Bakteria baik dan jahat adalah penghuni setia saluran usus anda. Namun begitu, lebih satu trillion bakteria bermanfaat ada di dalam usus untuk memastikan badan anda sentiasa sihat.
Bukan itu sahaja,bakteria ini wujud dalam usus anda secara semula jadi dan terbahagi kepada lebih 400 jenis Probiotik yang banyak dududk didalam usus besar dikenali sebagai Bifidobacterium manakala Lactobacillus pula lebih gemar duduk didalm usus kecil.
Bagaimana probiotik bekerja sebagai penjaga usus anda?
Ia membantu penghadaman denagan cara memecahkan gula kepada komponen kecil, mengawal kehadiran mikroorganisma berbahaya, menghasilakn vitamin dan membantu dalam penyerapan nutrisi.
Yogurt, kefir, keju, kimchi, miso, tempeh merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan probiotik.
Probiotik & Antibiotik
Antibiotik bertindak membunuh kedua-dua bakteria jahat dan bakteria baik dan keadaan ini menyebabkan kesakitan pada gastrousus dan meningkatkan risiko cirit-birit serta risiko jangkitan kulat terutamanya dikalangan wanita.Individu yang menerima rawatan antibiotik haruslah mengambil probiotik dengan dos yang lebih tinggi dan diambil sebaik-baiknya selepas 4 jam atau lebih.
Dos
Probiotik tidak kekal dalam usus anda oleh itu, pengambilan setiap hari amat penting untuk memastikan usus mendapat manfaaat yang berterusan.rujukan: www.health.harvad.edu
Aishah Jalani 019-3643991 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
No comments: