Kesihatan Sistem Penghadaman. 5 tanda anda menghidapi IBS
IBS?
Irritable Bowel Syndrome (IBS) atau Sindrom rengsa Usus merupakan gangguan pada gastrousus yang tidak dikenalpasti puncanya. Di anggarkan sebanyak 9 % hingga 23% populasi dunia mengalami IBS. Sindrom ini menyerang orang dewasa dan wanita 2 kali ganda lebih cenderung untuk mendapat IBS.
Apa yang lebih merbahaya tentang IBS adalah kebanyakan dari pesakit sebenarnya tidak tahu bahawa mereka menghidapi IBS dan tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin. Mereka juga tidak sedar bahawa jika dibiarkan simptom ini boleh menyebabkan munculnya penyakit lain.
IBS juga sering disalahanggap sebagi penyakit yang lebih serius seperti Ulser kolitis, Penyakit Chron's dan kanser Kolorektal.
5 tanda Anda menghidapi IBS:
- Sakit di bahagian Abdomen, dan rasa tidak selesa berlarutan sehingga 12 minggu, namun tidak semestinya berlaku berturut-turut.
- Straining atau rasa seperti tidak dapat buang air besar dengan puas.
- Kembung perut berpanjangan atau angin di bahagian abdomen.
- Perubahan tabiat buang air besar. Cirit-birit atau sembelit secara tidak menentu.
- Terdapat darah atau cecair mukus pada najis.
5 Cara Merawat IBS;
- TIngkatkan pengambilan serat dalam diet.
- Bersenam untuk mengurangakan gas dan kembung perut.
- Mkan hidanagan yang bersaiz kecil dan kawal pengambilan produk tenusu. Jika nada mengalami cirit-birit, anda akan dapati maknana hidangan yang bersaiz kecil dan anda rasa lebih selesa.
- akupuntur dan teknik meditasi
- Tambahkan probiotok dlam diet anda. merak yang mengalami IBS didapati tidak mempuntai bilangan bakteria yang baik yang mencukupi dalam usus.
Aishah Jalani 019-3643991 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
No comments: